Sejak dua menjak ni suka sgt makan buah aprikot kering...kalau boleh satu bekas tu nak abiskan dlm satu hari..tapi memandangkan harganya yang agak boleh tahan..so tahankan aje la hehe... stok buah aprikot dan buah kurma mmg ada je dalam peti ais kat rumah tu..
 |
suka dengan rasanya yang tak manis sgt.. |
Meh kite kongsikan khasiat buah aprikot ni... bagus tau..
Aprikot sejenis buah yang berwarna kuning yang sama rupanya seperti buah plum atau pic. Ia kaya dengan beta-carotene, sejenis bahan anti pengoksida dalam vitamin A, dan berkalori rendah. 3 biji buah aprikot membekalkan beta-carotene lebih 50 % daripada keperluan harian dan hanya 50 kalori.
Buah aprikot sesuai diamalkan oleh mereka yang sudah atau berhajat untuk berhenti merokok kerana ia berperanan menghilangkan kesan-kesan nikotin, sekaligus mempercepatkan proses pemulihan dan penyembuhan. Kandungan beta-carotene dalam buah aprikot juga membantu menghindarkan pengerasan dalam saluran darah yang menjadi punca penyakit jantung karonari.
Selain daripada itu, aprikot sesuai diamalkan oleh wanita yang baru putus haid kerana buah itu mengandungi boron, yang merangsangkan pengeluaran hormon seks estrogen. Aprikot juga membekalkan garam galian kalium untuk menjaga kesihatan jantung, zat besi untuk menghindarkan keletihan dan jangkitan dan juga silika, sejenis sebatian yang menjamin kesihatan kulit, rambut dan kuku.
Copy dr blog alikhtiyar
Nasib baik tekak terasa nak makan makanan berkhasiat je...kalau mengidam 'benda' lain?... alamat tak dilayan la oleh si suami...
Bye bye seindah suria