Minggu lepas ada program "Indahnya Islam" di sekolah...
Program ni lebih kepada program aqiqah sebenarnya.... aqiqah untuk anak-anak kakitangan guru dan staf di SMK Tanjung Datuk...
Program 2 hari 1 malam... macam2 pengisian ada dan bermanfaat..
Kite pun ambil la satu bahagian untuk Opal...
Dulu dah buat masa Opal berusia sebulan, kite dah aqiqahkan seekor kambing jd ada lg hutang 1 bahagian..
ada 2 ekor lembu... maknanya ada 14 bahagian nama..
petang jumaat - hehe nangis kupas kulit bawang. aktiviti rewang bersama warga sekolah
cikgu2 lelaki potong daging lembu
mula2 pakcik yg masak ni cakap mesti lebih banyak..sebab masak penuh 1 periuk besar...masa ambik gambar ni dah tggl separuh..tp bila malam rupanya x cukup!
menu yg sgt menyelerakan... sup tulang dan gearbox
waktu jumaat mlm sabtu ada program solat hajat dan ceramah pengertian aqiqah
masa yang ditunggu2 untuk makan sup tulang...
ni pelajar2 asrama SMK Tanjung Datuk
Rewang di pagi hari sabtu.. masak nasi minyak..
close up sket yg berbaju biru kanan tu.....hehe bukti rewang ok! bukan senang dpt pluang mcm ni..
daging aqiqah yg dimasak rendang manis... yang ni untuk diedarkan kepada penduduk setempat..
nasi minyak, daging rendang, kari dalca, acar nenas dan sunquick
pelajar asrama makan dlm dulang..wah terkenang zaman dulu2..
siap makan gotong royong membersihkan peralatan dan kawasan pulak..
Majlis habis sekitar pukul 2 petang... teramat penat..petang sabtu tu tido lena...
Alhamdulillah syukur aqiqah Qaliff Naufal dah lengkap...:)